:: English :: Malay ::
Zakat InformationZakat CalculatorZakat DisbursementQuestions & AnswerContact Us
Zakat Information
     

Asnaf/Golongan Penerima Zakat

Pada tahun 2004, sebanyak $13.924 juta telah diagihkan dari wang kutipan Zakat. Tercatat dalam suci Al-Quran,

"Sesungguhnya, Zakat untuk orang-orang Fakir; Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Gharimin, Fisabilillah dan Ibnissabil. Adalah kewajipan yang ditentukan Allah, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana." -
At-Taubah: 60

Maklumat lanjut mengenai kelapan-lapan asnaf yang telah diterangkan di dalam Al-Qur’an sebagai berhak menerima Zakat adalah seperti berikut:

Fakir - Seseorang yang tidak mempunyai harta mahupun mata pencarian. Ini adalah orang-orang yang sangat sengsara, yang tidak mempunyai apa-apa, untuk menampung keperluan harian mereka.

Miskin - Seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan mereka.

Untuk tahun 2004, sebanyak 2020 buah keluarga telah menerima agihan zakat berjumlah $3.89 juta dalam bentuk Bantuan Kewangan yang diberi secara bulanan atau dalam bentuk yang lain. Kewangan ini digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, bil air lampu dan perubatan.

Jenis Bantuan Jan – Dis 2004 / 1424-5H
Bantuan Kewangan Bulanan $   3,180,569
Bantuan Ramadan $   354,510
Perbelanjaan lain $   355,063
Jumlah $   3,890,142
       


Amil - Seseorang yang dilantik untuk memungut ZAKAT dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan ZAKAT.

Jenis Agihan Jan – Dis 2004 / 1424-5H
Habuan Amil $   364,457
Kos Komputer dan Peralatan $   348,914
Kos Pentadbiran dan Lain-lain     681,654
Program Pendidikan Umum & Dakwah $   109,243
Latihan dan Pembangunan $   85,203
Jumlah $   1,589,471
       


Muallaf - Seseorang yang baru memeluk agama Islam.

Bantuan ini diberikan kepada Saudara baru yang baru memeluk agama Islam. Elaun serta latihan bagi mereka untuk lebih mengenal erti seorang Muslim.

Jenis Agihan Jan – Dis 2004 / 1424-5H

Elaun Muallaf dan Perbelanjaan $   129,810
Pendekatan bagi Mereka Mengenal Agama Islam      
Jumlah $   129,810
       

Riqab - Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada ikatan atau belenggu perhambaan.

Di Singapura, ZAKAT didalam kategori penerima ini dibelanjakan untuk mereka yang memerlukan bantuan meneruskan pendidikan.

Asnaf ini juga menolong anak-anak dari asnaf fakir miskin dalam perbelanjaan mereka.

Jenis Agihan Jan – Dis 2004 / 1424-5H
Biasiswa Muis $   227,459
Geran Pelajaran untuk Keluarga Susah $   122,294
Geran bagi Program ETSS* dan $   500,000
Biasiswa Organisasi      
Jumlah $   849,753
*ETSS - Education & Training Support Scheme      
       


Gharimin - Seseorang yang terpaksa berhutang dan memerlukan bantuan untuk menampung keperluan asasnya.

Zakat boleh diberikan kepada seseorang yang berhutang untuk keperluan asasnya.

Bantuan untuk melunaskan hutang akan diberikan sekali sahaja untuk keperluan asas seperti bil air, lampu dan yuran penyenggaraan.

Jenis Bantuan Jan – Dis 2004 / 1424-5H
Gharimin
(Bil air lampu & yuran penyenggaraan)
$   167,860
Jumlah $   167,860
       


Fisabilillah - Mereka yang berjuang kerana Allah, demi kebaikan masyarakat.

Fisabilillah meliputi semua perkara yang baik, terutama usaha-usaha dalam membantu memperjuangkan agama Allah. Gaji pegawai dakwah bagi membantu unit strategik masjid, asatizah dan pendidikan Islam.

Jenis Agihan Jan – Dis 2004 / 1424-5H
Gaji Pegawai Dakwah & Kebajikan dan $   3,141,512
Elaun Guru Agama      
Geran Persatuan Islam, Masjid dan $   1,754,015
Madrasah      
Penyelidikan dan Pembangunan $   1,237,439
Kurikulum Madrasah      
Sumbangan kepada Dana Madrasah $   700,000
Program Dakwah & Pendidikan Umum $   254,307
Seminar & Latihan $   147,077
Pentadbiran $   57,131
Jumlah $   7,291,481
       


Ibnissabil - Musafir yang terkandas dalam perjalanan.

Bantuan yang diberi termasuk bantuan makanan dan tiket untuk perjalanan pulang bagi mereka yang terkandas dalam perjalanan yang dibenarkan.

Jenis Bantuan Jan – Dis 2004 / 1424-5H
Bantuan Kewangan & Tiket Kapalterbang $   5,503
Jumlah $   5,503