KEUTAMAAN
STRATEGIK
Menggunakan Zakat untuk mengupayakan golongan
susah dan keluarga kurang upaya agar mereka menjadi
lebih berdikari dalam jangka masa bantuan dihulurkan. |
|
|
|
Geran
Tahunan Muis Kepada Khidmat Sosial (atau MAGRASS)
- Agihan tahunan
Zakat kepada badan-badan Bantu diri dan masjid-masjid
- Untuk program-program
sosial dan keagamaan yang dapat bantu memulihkan
sikap berdikari di kalangan keluarga Islam yang
kurang upaya

|
| 
|
Skim
Sokongan Pembelajaran & Latihan (atau ETSS)
- Memberi peluang
kepada keluarga miskin dan yang memerlukan untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
- Membiaya program
pembelajaran serta kursus-kursus pengayaan (enrichment)
dan kemahiran
- Sasaran kepada
keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah

|
|
Skim
Pengupayaan Sepadu (atau EPS)
- Pakej bantuan
menyeluruh untuk keluarga kurang mampu merangkumi
program-program pengupayaan ekonomi, social dan
keagamaan
- Melakarkan program
khusus bagi setiap ahli keluarga yang dikendalikan
oleh seorang kaunselor-pengurus kes yang ditugaskan
- Untuk keluarga
yang menghadapi pelbagai cabaran
- Keluarga berpendapatan
rendah yang terdaftar dalam senarai penerima Zakat
Muis
- Pemohon mestilah
Warganegara atau Penduduk tetap Singapura dan berumur
45 tahun dan ke bawah
- Tidak memiliki
kelulusan peringkat GCE ‘O’ atau ‘N’
- Pendapatan
keluarga kurang dari $1,500 sebulan
- Setiap keluarga
akan dipadankan dengan badan Bantu diri yang terdekat
- Kaunselor yang
ditugaskan akan menilai keperluan ekonomi, social
dan keagamaan keluarga
- Setiap ahli
keluarga diberikan Pelan Klien Individu iaitu lakaran
program yang akan mereka jalani seperti bengkel
kemahiran keluarga untuk ibubapa atau pengajaran
agama untuk kanak-kanak
- Pembiayaan bagi
sebarang penyertaan program di bawah skim ini perlu
diluluskan oleh Muis
- Kaunselor yang
ditugaskan perlu melaporkan perkembangan setiap
keluarga kepada Muis setiap 6 bulan
- Muis membuat
penilaian berdasarkan laporan yang diterima bagi
menentukan penglibatan lanjut keluarga tersebut
di dalam EPS
- Setiap
keluarga dijangka sertai EPS untuk maksimum tiga
tahun

|