:: English :: Malay ::
Zakat InformationZakat CalculatorZakat DisbursementQuestions & AnswerContact Us
Zakat Information
     
ZAKAT HARTA
Zakat Emas

Kaedah Zakat
Bayaran Zakat emas adalah seperti berikut:
2.5% pada nilai emas yang disimpan, seperti bunkal emas/(gold bar), sepanjang haul yang nilainya bersamaan atau melebihi nisab 86 gram.

Contoh Kiraan

Harga pasaran emas = $18/gram (contoh)
Kadar nisab = 86 gram emas
Tarikh mula haul = 28 Mei (tahun ini)
Tarikh akhir haul = 18 Mei (tahun hadapan)

  • Barang Emas
    Barang Emas Timbangan Emas
    Bungkal Emas 500 gram
    Cincin 50 gram
    Rantai 200 gram

    Daripada senarai di atas hanya bungkal emas sahaja yang wajib dizakatkan kerana ia melebihi nisab dan memenuhi syarat haul. Cincin dan rantai emas merupakan perhiasan biasa bagi kaum wanita yang tidak wajib dizakatkan.
  • Penentuan Nilai Emas
    Nilai emas yang disimpan = 500 gram x $18 = $9000
  • Kiraan Zakat
    Jumlah Zakat = $9000 x 2.5% = $225