:: English :: Malay ::
Zakat InformationZakat CalculatorZakat DisbursementQuestions & AnswerContact Us
Zakat Information
     
ZAKAT HARTA
Zakat on business

Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta usahaniaga – samada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya. Zakat wajib dikeluarkan samada perniagaan dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat koperasi atau saham perniagaan dan sebagainya.

Kiraan Zakat Perniagaan
Kaedah Modal Kerja (“Working Capital Model”)

Ia mengambil kire kedudukan Aset Semasa perniagaan setelah ditolak tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan butir-butir yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- *Pelarasan x 2.5% x Bahagian Equiti Pemilik Islam =
Harta Perniagaan yang diZakatkan

*Pelarasan

Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:

Ditolak Daripada Aset Semasa (-)

  1. Barang-barang tidak wajib ZAKAT - Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba’, judi dan arak
  2. Bukan milik sempurna - Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna
  3. Si Penghutang kewangan - Wang yang dipinjamkan akan dikenakan Zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna asset tersebut telah berpindah kepada si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu.
  4. Tiada item yang dikenakan zakat dua kali - Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilabur, ditolak.
  5. Aset semasa mestilah yang produktif - Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara dan kekal hendaklah ditolak.
  6. Tabung-tabung yang bersifat kebajikan - Tabung bagi tujuan seumpama khairat dan pendidikan yang terdapat dalam aset semasa, akan dikecualikan dari zakat. Walau bagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, jumlah yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan. Manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat ‘hangus’ melalui pemberian derma dan khairat, hanya nilai baki tabung yang dikecualikan.
  7. Bagi kategori inventori/stok - Barangan yang siap sahaja yang diambil kira. Manakala stok bahan mentah serta kerja yang sedang dalam proses tidak diambil kira.

Dicampur kepada Aset Semasa (+)

  1. Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (suku terakhir) perlulah dicampurkan semula (dengan andaian derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan, masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.

Dicampur kepada Liabiliti Semasa (+)

  1. Menurut pendapat Imam Syafie:
    Tidak ada syarat hutang dalam menentukan samada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie, hutang kewangan (bukan liability perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.

Oleh yang demikian pelarasan melibatkan item – item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:
  • Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu “financial loans
  • Dividen yang dicadangkan (Dividends payable)
  • Overdraft
  • Pajakan kewangan / Modal (Financial lease / capital)