:: English :: Malay ::
Zakat InformationZakat CalculatorZakat DisbursementQuestions & AnswerContact Us
Zakat Information
     
ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan mengjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perkataan-perkataan keji dan buruk yang mereka lakukan sewaktu berpuasa dan untuk menjadikan makanan kepada orang yang miskin.
  • Islam
  • Mempunyai sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih dari keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  • Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah atasnya.

Kewajipan zakat fitrah
1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga tanggungannya.
2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum sembahyang Hari raya
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal