:: English :: Malay ::
Zakat InformationZakat CalculatorZakat DisbursementQuestions & AnswerContact Us
Zakat Information
     
Fardu Zakat

Pengertian Zakat dalam bahasa Arab ialah tumbuh, bertambah, subur, bersih dan penuh berkat. Zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan merupakan ibadat dari segi harta. Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dengan menyempurnakan ke semua rukun-rukun Islam dan tidak harus seseorang itu merendah atau mencuaikan salah satu daripadanya. Ibadah zakat merupakan penyerahan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah kepada orang-orang yang berhak seperti yang dinyatakan dalam Quran.

Maksudnya: "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan ruku'lah kamu bersama-sama dengan orang yang ruku.'"
Zakat dari segi syara' ialah mengeluarkan sebahgian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah syarat-syarat yang ditentukan oleh syara' dipenuhi.


Untuk diri sendiri, Zakat:
  • Menyuci dan mengembangkang harta;
  • Melahirkan rasa bersyukur dengan pemberian Allah;
  • Membawa suatu rasa keamanan dan kesejahteraan.
Untuk masyarakat, Zakat:
  • Mengurangkan perasaan iri hati di antara mereka yang kurang berkemampuan;
  • Memberi satu panduan Islam dalam menguruskan ekonomi dan kewangan;
  • Membolehkan pembahagian sebahagian kemewahan orang-orang yang kaya kepada orang-orang yang miskin.
Syarat-syarat wajib Zakat:
  • Muslim
  • Hak milik penuh harta.
  • Cukup Nisab
  • cukup Haul (1 Hijrah = 354.5 hari)
  • Memelihara harta daripada dicerobohi dan didengki
    ~Sabda Rasulullah saw (bermaksud):
    “Dirikanlah kubu akan hartamu dengan mengeluarkan zakat (iaitu terselamat harta dari di curi, hilang dan tercicir) dan jadikanlah akan sedekah kamu sebagai ubat atau penawar dan angkatkanlah bala atau ujian ke atas kamu dengan banyak berdoa.”

  • Menolong orang fakir dan berhajat
    ~ Sabda Rasulullah saw (bermaksud):
    “Sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas orang Islam yang kaya, dalam harta mereka, dalam kadar yang melapangkan orang fakir, dan orang fakir tidak akan lapar atau tidak berpakaian kecuali dengan tindakan orang kaya mereka. Ingatlah, sesungguhnya Allah akan menghisab mereka di akhirat dengan hisab sekeras-kerasnya dan menyeksa mereka dengan seksaan yang amat pedih.”

  • Membersihkan hati dan diri daripada sifat bakhil dan kedekut, dan memberi kekuatan dan kemuliaan kepada orang mukmin miskin
    ~ Memupuk sifat terpuji dan bukannya sifat keji.
    ~ Semua manusia mempunyai nilai diri. Asas kemuliaan ialah ketakwaan.

  • Bersyukur kepada Allah atas nikmatnya kepada manusia
    ~ “ Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia yang berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan tujuh langit. Dan dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”