 |
|
|
 |
|
| |
|
Question
Adakah Islam mengharuskan zakat fitrah dibayar dengan cek. Dan apakah hukumnya jika cek itu terlambat sampai di MUIS? |
|
Answer
-
Ya,
harus (dibolehkan) kerana menurut Islam
seseorang yang sudah memiliki nisab wang
dan cukup setahun ia dimilikinya, ia wajib
mengeluarkan zakatnya dengan apa cara sekalipun,
sama ada ia sendiri membahagikannya jika
tidak dituntut oleh pihak yang berwajib
atau ia menyerahkannya kepada pihak yang
berwajib atau ia mewakilkan seseorang atau
sesuatu pihak yang membahagikannya.
Dengan itu nyatalah keharusan mengeluarkan
zakat dengan cek kerana dengan cara ini
pihak bank membantu untuk menyampaikannya
kepada pihak yang berwajib. Semasa anda
menulis cek itu sudah ada niat untuk berzakat.
Anda tidak berdosa dengan sebab lambat sampainya
cek itu kepada MUIS jika bukan kecuaian
anda.
Ketika membuat cek, pesanan pos atau lain-lain,
si pemberi zakat fitrah hendaklah berniat: "Ini zakat fitrahku yang wajib atas
diriku dan tanggunganku, aku keluarkan kerana
Allah Taala." Atau bagi niat zakat
harta: "Ini zakat hartaku yang wajib
atas diriku, aku keluarkan kerana Allah
Taala." Si penerima pesanan pos atau
pesanan wang tidaklah dikehendaki membuat
apa-apa niat. Oleh itu sama ada si penerimanya
di pihak pos tersebut orang Islam ataupun
bukan tidaklah menjadi masalah.
-
Mengenai
zakat fitrah, jika seseorang itu membuat
pembayaran pada awal bulan Ramadan biasanya
tidak akan terlambat. Tetapi,kalau ia dikeluarkan
di akhir Ramadan, ada kemungkinan ceknya
sampai ke Muis selepas Ramadan. Walau bagaimanapun
jika cek telah dikeluarkan pembayaran sudah
dianggap sah.

|
| |
|
| |