Jawapan Kiraan pelbagai
bentuk zakat adalah seperti berikut:
1.
ZAKAT WANG SIMPANAN (SAVINGS) Boleh
dikira dengan menggunakan salah satu cara-
cara berikut:
2.5%
dari baki terendah sesuatu tahun semua jenis
simpanan bila cukup nisabnya
2.5%
atas baki terendah setiap bulan atau setiap
urus niaga
2.5%
dari baki terakhir bila cukup haul dan nisabnya
(mengikut pendapat mazhab Hanafi)
2.
ZAKAT SAHAM 2.5% atas harga
pasaran saham (market value) bila cukup haul
dan nisabnya.
3.
ZAKAT CPF
Zakat yang perlu dikeluarkan ialah 2.5% atas
wang caruman setiap tahun atau tunggakan zakat
apabila wang itu dikeluarkan.
4.
ZAKAT EMAS
Emas yang wajib dizakatkan ialah emas yang
disimpan. Emas yang dipakai sebagai perhiasan
tidak wajib dizakatkan kecuali jika berat
emas perhiasan tersebut ialah 230 mayam atau
200 dinar atau 20 mithqal. Jika satu perhiasan
yang dibuat dari emas mencapai timbangan berat
tersebut, maka perhiasan itu barulah wajib
dizakatkan. Adapun nilai zakat emas yang wajib
dizakatkan ialah 2.5% atas nilai emas yang
disimpan yang nilainya bersamaan atau melebihi
timbangan emas seberat 2.7895 troy oz. Bersamaan
lebih kurang 86 gram.
5.
ZAKAT PERNIAGAAN
Bayaran bagi zakat perniagaan adalah 2.5%
atas aset (harta perniagaan) apabila cukup
haul dan nisabnya