Soalan
Pada Zaman Rasulullah Zakat dipungut oleh Khalifah atau Ulil Amri, dalam kontek Singapura siapa yang dimaksudkan Ulil Amri atau Khalifah?
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) adalah badan yang dipertanggung jawabkan dalam urusan agama Islam dan juga menasihati pemerintah Singapura. Oleh kerana Singapura sebuah negara sekular, maka Muis bolehlah dianggap sebagai Ulil Amri masyarakat Islam kita. Disamping itu juga dalam AMLA atau Pentadbiran Hukum Islam jelas menyatakan bahawa Zakat & Fitrah menjadi tanggungjawab Muis untuk menguruskannya.

|