:: English :: Malay ::
Zakat InformationZakat CalculatorZakat DisbursementQuestions & AnswerContact Us
Zakat Information
     

 

   

Soalan 1
Siapakah yang wajib menerima habuan zakat harta? Bolehkah seseorang itu mengeluarkan zakat harta kepada seorang nenek tua yang tidak mempunyai hasil pendapatan tapi mempunyai anak yang telah berkeluarga?

Jawapan 1
Mereka yang menerima zakat adalah daripada lapan golongan yang disebutkan di dalam Al-Quran. Iaitu:
(1) Fakir
(2)
Miskin
(3) Amil
(4)
Muallaf
(5) Riqab
(6) Gharimin
(7)
Fisabilillah
(8) Musafir

Tekan sini untuk selanjutnya

Wang zakat perlu diagihkan kepada asnaf-asnaf yang disebutkan. Jika nenek yang disebutkan boleh dikategorikan sebagai fakir atau miskin dan tidak diberikan wang belanja oleh anaknya maka boleh diberikan sebahagian daripada wang zakat tersebut. Namun adalah baik wang tersebut diserahkan kepada Muis sebagai badan atau wakilnya yang bertanggungjawab menguruskan Zakat. Ini bertujuan untuk menjamin pengagihan yang sempurna dan sistematik. Berhubung dengan kes nenek tersebut anda bolehlah rujukan kepada pihak Muis untuk mendapatkan bantuan secara tetap.


   
Soalan 2
Pada Hari Raya Adil Fitri ada ibu-bapa yang memberikan duit pada anak-anak mereka atau anak-anak jiran dan menyatakan "Ini duit zakat". Adakah ini merupakan sebuah salah tangappan?

Jawapan 2
Zakat merupakan pemberian wajib (berdosa jika tidak dilakukan) yang mesti dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta atau wang simpanan setelah cukup haul (setahun) dan cukup misab (tahap minima yang ditentukan pada setiap bulan oleh Muis). Duit Zakat hendaklah diagihkan kepada 8 asnafs (iaitu mereka yang telah ditentukan oleh Allah swt.)

Berbeza dengan pemberian infak atau sadakah. Ia merupakan pemberian sunat sahaja (kalau tidak dilakukan tidak berdosa) dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan diberikan kepada sesiapa yang kita suka. Duit yang diberikan kepada anak-anak pada Hari Raya Raya Aidilfitri dikira sebagai hadiah atau sadakah. Ia samasekali tidak boleh dikira sebagai Zakat.


   
Soalan 3
Bolehkah saya mengagihkan zakat saya kepada saudara mara saya sendiri yang miskin?

Jawapan 3
Anda boleh mengagihkan zakat anda kepada saudara mara anda yang terdekat sahaja. Dan ia lebih afdal kerana bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim. Walaubagaimana pun anda perlu menyelidik latar belakang mereka dan pastikan mereka benar-benar tergolong dalam asnaf tersebut.


   

Soalan 4
Bolehkah saya mengagihkan secara sendiri dengan mencari golongan-golongan asnaf asnaf yang tertentu?


Jawapan 4
Zakat merupakan sistem perekonomian Islam. Matlamatnya untuk mengatasi segala kepincagan sosio-ekonomi masyarakat Islam. Itulah sebabnya zakat perlu dibayar menerusi amil-amil (pemungut zakat) yang dilantik oleh badan yang bertanggung jawab seperti Muis untuk dikumpulkan kemudian diagihkan kepada 8 asnaf sebagaimana yang ditentukan oleh Allah swt. Badan ini bukan hanya bertanggung jawab kepada masyarakatnya atau pembayar zakat tetapi kepada Allah swt. Pada Zaman Rasulullah juga, Rasulullah sendiri yang memungut zakat dan melantik amil-amil. Begitu seterusnya di zaman para khalifah.

Oleh kerana duit zakat perlu diagihkan kepada mereka yang benar-benar tergolong dalam asnaf-asnaf yang ditetapkan maka oleh itu kita perlu mempunyai sistem penilaian yang teliti dan tersusun. Oleh itu adalah amat sukar bagi pembayar zakat untuk melakukanya secara sendiri-sendiri. Dari sekala ekonomi (economic of scale) pula ia tidak berbaloi dan sukar untuk mengatasi isu-isu sosio-ekonomi masyarakat secara menyeluruh.

   
Soalan 5
Apakah hukumnya mengagihkan zakat kepada anak yatim atau janda-janda?

Jawapan 5
Anda perlu pastikan kedudukan dan latarbelakang mereka terlebih dahulu. Sebab bukan semua anak yatim atau janda-janda tergolong dalam golongan fakir atau miskin. Ada diantaranya mempunyai wang yang cukup hasil dari peninggalan suami atau keluarga mereka.

   
Soalan 6
Haruskah setiap asnaf di berikan bahagian yang sama iaitu 1/8 pada setiap asnaf? Dan boleh tak diberikan kepada 3 atau 4 asnaf sahaja?

Jawapan 6
Zakat merupakan rukun Islam ke tiga dan Haji rukun Islam ke lima . Zakat wajib ditunaikan apabila hZakat merupakan ibadah wajib. Apabila kita melakukannya kita perlu lakukan yang terbaik. Oleh itu adalah lebih afdal jika zakat itu diagihkan kepada 8 asnaf. Tetapi membahagikan zakat kepada 3 atau 4 asnaf dibolehkan sekiranya asnaf-asnaf lain tidak ada dalam negara kita.


   
Soalan 7
Saya adalah warganegara asing yang berkerja di Singapura, bolehkah saya memberikan zakat saya kepada kepada luar negara?

Jawapan 7
Harta yang dikumpulkan hasil dari mana ia diperolehi (seperti anda bekerja di Singapura) zakatnya juga hendaklah ditunaikan di Singapura.