Soalan 2
Saya telah mengumpulkan duit untuk menunaikan Haji, mestikah saya membayar zakat? Kalau saya membayar zakat, habislah duit yang saya simpankan untuk menunaikan Haji.
2
Zakat merupakan rukun Islam ke tiga dan Haji rukun Islam ke lima. Zakat wajib ditunaikan apabila harta atau simpanan kita cukup nisab dan haul tidak kira samaada duit itu untuk perbelanjaan harian kita, masa tua kita atau ibadah kita yang lain termasuk haji.
Zakat menyucikan harta dan diri pembayar Zakat. Allah berjanji akan mengembangkan harta mereka dan tidak mengurangkan walau sedikit sekali pun. Dan Allah menenangkan jiwa mereka. Oleh itu anda wajib yakin dengan janji-janji Allah itu dan anda tidak seharusnya takut menjadi miskin atau harta anda berkurangan kerana berzakat atau bersadakah. Sesungguhnya haji yang mambrur itu dari sumber (harta) yang suci
Ibadah Haji wajib dilakukan apabila kita berkemampuan untuk melakukannya. Kemampuan yang dimaksudkan ialah kewangan untuk perbelanjaan urusan haji serta mereka yang ditinggalkan dan sihat tubuh badan.

|